Buku Masalah Haid dan Pendarahan Wanita sudah mula berada di pasaran. Buku ini membicarakan secara terperinci mengenai apakah haid, masalah-masalah berkaitan dengan haid dan juga haid dari perspektif Islam. Buku ini perlu dimiliki oleh semua kaum wanita khususnya. Bila bercakap berkenaan dengan haid, kita seringkali hanya merujuk kepada masalah pendarahan. Masalah haid sebenarnya lebih luas dan buku ini membincangkan kesemua masalah yang berkaitan dengan haid seperti sakit ketika datang haid, sindrom premenstrual, pendarahan haid yang tidak normal, pendarahan selepas menopaus, darah nifas dan juga bagaimana wanita-wanita dapat melakukan ibadah ketika menghadapi kedatangan haid. Bagi kaum wanita yang akan menunaikan fardhu haji, buku ini amat sesuai kerana ia memperkatakan haid dari perspektif islam , hukum-hukum pendarahan haid, bagaimana mereka dapat menyempurnakan ibadah haji dalam keadaan kedatangan haid dan apakah kaedah dan pandangan perubatan moden mengenai ikhtiar menangguhkan kedatangan haid. Setiap wanita yang memiliki buku ini tidak perlu lagi untuk mendapat rujukan lain jika mereka mencari maklumat yang berkaitan dengan haid. Buku ini juga memaparkan apakah jenis rawatan-rawatan terkini untuk menghadapi masalah haid. Buku ini mempunyai 242 mukasurat dan sarat dengan imej-imej dan gambar-gambar (lebih 80 rajah-rajah dan gambar-gambar) yang akan dapat memberi lebih kefahaman kepada pembaca.
Bab-Bab yang terkandung di dalam buku ini adalah seperti berikut:
1 . Anatomi dan Fisiologi Organ Reproduktif Wanita2. Fisiologi Haid
3. Hormon Wanita : Estrogen, Progesteron dan Testosteron
4. Kaitan di antara Kitaran Haid dan Kesuburan
5. Bagaimana mengukur waktu kesuburan wanita
6. Puberti atau Akil Baligh
7. Kedatangan Haid Pertama
8. Gejala-gejala yang boleh dialami oleh wanita sebelum, semasa dan selepas pendarahan haid
9. Bagaimana Mencatit Kitaran Haid pada Kalendar Haid
10. Panduan Memilih dan Menggunakan Tuala Wanita dan Tampon
11. Menopaus (Putus Haid)
12. Masalah yang berkaitan dengan haid
13. Haid pertama terlalu awal
14. Haid pertama terlalu lewat
15. Tidak datang haid
16. Sindrom Prahaid
17. Pendarahan Rahim yang Tidak Normal
18. Masalah Pendarahan Haid Gadis Remaja
19. Masalah Pendarahan Haid wanita Berusia 20-40 tahun
20. Masalah Haid wanita berusia > 40 tahun
21. Rawatan untuk masalah2 pendarahan haid
22. Pendarahan Rahim Disfungsi
23. Sakit Semasa haid
24. Pendarahan selepas hubungan seks
25. Pendarahan selepas menopaus
26. Fibroid
27. Endometriosis
28. Darah Nifas atau Lokia
29. Haid Dari Perspektif Islam
30. Menangguhkan Haid Melalui Kaedah perubatan moden
UNTUK MENDAPATKAN BUKU INI , SILA LAYARI LINK INI Dapatkan Buku Masalah Haid dan Pendarahan Wanita
