Menopaus


Menopaus adalah haid terakhir yang dialami oleh seorang wanita. Dari titik tolak inilah mereka akan mengharungi satu fasa kehidupan yang penuh dengan cabaran bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi juga emosi, psikologi dan seksual. Buku ini memaparkan dengan lengkap panduan-panduan yang dapat diamalkan oleh setiap wanita dalam menghadapi usia menopaus supaya kualiti kehidupan mereka menjadi lebih baik di samping mereka dapat terus menyumbang kepada produktiviti negara. Panduan-panduan yang dinyatakan di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada bukti kajian saintifik terkini. Pembaca juga berpeluang untuk mengetahui apakah pandangan perubatan moden terhadap kaedah-kaedah rawatan komplementari dan alternatif dalam menangani masalah yang berkaitan dengan menopaus. Buku ini menggunakan bahasa yang mudah dengan mengandungi lebih 75 rajah serta ilustrasi bewarna yang berkualiti tinggi , ini akan memudahkan pembaca memahami isi kandungannya. Buku ini juga sesuai dijadikan rujukan oleh petugas2 perubatan, pelatih pembantu pegawai perubatan, pelatih jururawat malah oleh pegawai-pegawai perubatan sendiri.

Berikut adalah Bab-Bab yang terkandung di dalam buku Menopaus
1. Menopaus (Putus Haid): Pengenalan
2. Anatomi dan Fisiologi Organ Reproduktif Wanita
3. Fisiologi Haid
4. Hormon-Hormon dan Faktor2 yang Mempengaruhi Kesuburan Wanita
5. Apakah Menopaus & Bagaimana Seseorang Wanita Mengalami Menopaus
6. Apakah Fasa Transisi serta Masalah-Masalah Yang Berkaitan
7. Berapakah Usia Seseorang Wanita Mengalami Menopaus dan Ujian2 Untuk Mengesahkannya.
8. Punca-Punca Lain Mengapa Seseorang Wanita Tidak Datang Haid
9. Menopaus Pramatang
10.Perubahan dan Masalah Yang dihadapi Selepas Menopaus
11.Menangani Masalah2 Utama Yang Berkaitan Dengan Menopaus
12.Menopaus dan Sistem Saraf Pusat
13.Menopaus dan Masalah Mata
14.Menopaus dan Penyakit Jantung Koronari
15.Menopaus dan Osteoporosis ( Kerapuhan Tulang)
16.Menopaus dan Kesannya Ke Atas Seksualiti Seorang Wanita
17.Atropi Urogenital dan Masalah Kekeringan Faraj
18.Menopaus dan Pengambilan Hormon Gantian
19.Hormon Gantian dan Risiko Menghidap Kanser
20. Menangani Gejala Menopaus dengan Kaedah Rawatan Komplementari dan Rawatan Alternatif.
21. Menopaus : Apakah Pilihan Terbaik Untuk Anda
22. Rujukan